Teori Top Down
Teori ini dikenali sebagai model psikolinguistik dan teori ini telah dikembangkan oleh Goodman (1976) dan Smith (1971). Model ini melihat kegiatan membaca bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah. Selain itu, model ini juga dikatakan sebagai model ‘Dalam Ke Luar’, ‘Berpandukan Konsep’ atau ‘Keseluruhan ke Bahagian’.
Antara ciri yang berkaitan dengan model membaca ini:
a) membaca tidak hanya mengekodkan bahasa tulisan pada bahasa lisan.
b) membaca tidak melibatkan pemprosesan setiap huruf dan setiap kata.
c) membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks.
Jadi berikut di bawah ini adalah rumusan berkaitan dengan Model ini
a) menegaskan perkara yang di miliki oleh pembaca seperti pengetahuan terdahulu dna pengetahuan pada teks yang di baca bagi tujuan pemahaman.
b) menyatakan yang kefahaman bermula daripada minda pembaca yang mempunyai beberapa gugusan idea berkaitan dengan teks yang dibaca.
c) makna diterbitkan daripada aspek keseluruhan teks pada bahagian-bahagian kecil.
Teori ini dimulakan dengan membaca dari awal hingga akhir bahan bacaan tersebut, seperti membaca dari pengenalan, isi, dan kesimpulan bagi tujuan mendapatkan maklumat secara menyeluruh.