Masalah dalam Membaca
Masalah membaca dalam kalangan pelajar sekolah kian membimbangkan dan menjadi kerisauan ibu bapa mahu pun guru-guru. Masalah ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak sekolah rendah tetapi juga melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah, remaja dan golongan dewasa. Pelbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional dalam menyelesaikan masalah membaca. Salah satu usaha yang dilaksanakan adalah melalui pelaksanaan sistem KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Tujuan melaksanakan pelbagai usaha tersebut adalah untuk memberi pendekatan dan membolehkan pelajar menguasai proses membaca, menulis dan mengira (3M). Namun begitu, sistem ini tidak begitu berjaya kerana masih ramai lagi pelajar yang gagal menguasainya. Kebanyakannya berlaku masalah ini adalah di kawasan-kawasan pedalaman atau pun kawasan luar bandar.
Faktor-faktor Masalah membaca
Faktor bahan bacaan
Faktor bahan bacaan adalah merupakan faktor yang turut menyumbang kepada masalah dalam membaca terutama sekali kepada kanak-kanak. Sememangnya kita sendiri melihat bahawa bahan-bahan bacaan sama ada buku, majalah, novel dan sebagainya adalah lengkap dan tidak mengalami sebarang kecacatan atau pun masalah dari segi isi dan sebagainya. Namun begitu, tanpa kita tidak sedar, kebanyakan bahan bacaan sekarang mengalami kecatatan dan masalah yang tersendiri dalam sesuatu bahan bacaan.
a. Bahasa
Penggunaan bahasa di dalam sesuatu penulisan adalah berbeza mengikut kesesuaian dan jalan cerita. Oleh itu terdapat penggunaan bahasa yang beza dan sebagaimana yang kita tahu bahawa pelbagai bahasa yang ditutur serta menjadi bahasa utama di dalam penulisan. Keadaan ini kadang-kadang memberi kesan kepada pembaca apabila tidak mengatahui sesuatu bahasa apatah lagi untuk memahami isi atau jalan cerita. Antara bahasa yang sering menjadi kecelaruan dan penghalang ialah bahasa Inggeris.
b. Penggunaan istilah
Dalam bahan bacaan juga terdapat penggunaan-penggunaan istilah yang membawa makna khusus sesuatu isi atau cerita. Secara tidak langsung keadaan ini akan menyababkan sistem bacaan atau pun aktiviti pembacaan tidak berjalan dengan lancar. Kebanyakan istilah-istilah ini digunakan di dalam bahan-bahan ilmiah yang mendokong makna tertentu. Antara istilah tersebuat adalah seperti istilah sains, istilah di dalam arena sukan, istilah berita dan sebagainya. Oleh itu, proses pembacaan boleh terganggu akibat daripada faktor tersebut dan kadang-kadang mengambil masa yang panjang untuk memahami maksud texs tersebut.
c. Saiz font
Kretiria-kretiria dalam penulisan turut menitikberatkan penggunaan saiz font, warna dan jenis-jenis tulisan bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Walaubagaimanapun, masih terdapat isu-isu yang sedemikian di dalam sesuatu bahan bacaan. Keadaan ini sekaligus telah mengganggu kelancaran dalam mambaca sama ada kanak-kanak, dewasa, remaja mahu pun orang tua. Struktur warna dan saiz font sememangnya menjadi tunjang kepada bahan penulisan kerana kebanyakannya menghalang penglihatan untuk mengenalpasti huruf dan perkataan. Contoh yang jelas yang dapat dilihat ialah bahan bacaan seperti akhbar. Penggunaan saiz font yang begitu kecit terutama pada bahagian iklan dimana pada bahagian tersebut dipenuhi dengan pelbagai iklan sehingga mengganggu proses pembacaan.
d. Jenis-jenis dialex
Jenis-jenis dialek dalam sesuatu bahan bahan bacaan turut digunakan dan di persembahkan dalam tulisan, novel, majalah, penulisan ilmiah dan sebagainya. Kepelbagaian dialek yang terdapat dalam Negara dan digunakan oleh setiap individu juga pendorong kepada kegagalan dan kelancaran membaca. Kefahaman isi dan perkataan menjadi masalah membaca lebih berat kerana sesuatu dialek itu hanya difahami oleh penutur negeri masing-masing.
Faktor fizikal
Kecacatan yang dialami oleh seseorang pembaca sama ada kecacatan ringan mahu pun kecacatan berat (kekal) merupakan faktor yang utama dalam mempengaruhu masalah membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:
a) Penglihatan
Penglihatan saperti Juling, rabun dekat, rabun jauh, astigmatism dan amblyopiks adalah antara jenis-jenis kecacatan yang melibatkan penglihatan dan boleh mendatangkan kesan yang teruk jika tidak dijaga dengan baik. Kesemua simton ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu melihat imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis.
b) Pendengaran
Bagi kanak-kanak, remaja atau dewasa yang mempunyai masalah pendengaran akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e. Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori, iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal.
c) Pertuturan
Punca masalah pertuturan seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan sebagainya adalah berpunca daripada masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah kesan tidak langsung, iaitu kesan psikologikal.
Faktor emosi
Faktor emosi juga diambil kira dalam menentukan sesuatu masalah dalam membaca. Secara jelasnya, bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak.
Faktor persekitaran
Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang. Malah, persekitaran bukan sahaja melibatkan kawasan rumah tetapi juga melibatkan kesemua kawasan-kawasan yang boleh mengganggu proses pembacaan. Persekitaran yang bising, kotor serta bahaya jelas sekali mengganggu seseorang untuk membaca dan ini perlu kepada persekitan yang segar, selesa dan tidak mengganggu.