Teori Interaktif
- Menurut andaian Model ini, membaca merupakan satu proses yang aktif bagi membentuk makna melalui interaksi antara pembaca dengan teks.
- Teori ini berbeza dengan model-model yang lain kerana model ini melihat proses membaca sebagai pola berbentuk pusingan dengan maklumat tekstual dan aktiviti mental pembaca wujud secara serentak.
- Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara mempunyai kuasa memilih maklumat daripada semua sumber makna tanpa mematuhi mana-mana set arahan. Semua peringkat membaca di gunakan oleh pembaca.
- Model ini menggunalan cetakan sebagai input dan makna sebagai output. Pembaca yang mahir mestilah dapat menggunakan pancaindera, sintaksis, semantik, maklumat pragmatik, bagi menyempurnakan matlamat.
- Boleh juga dikatakan, model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top Down dan model Bottom Up. Pembaca menggunakan pendekatan top down untuk mencari makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom up untuk menguji makna tersebut benar-benar dikatakan oleh penulis.
- Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan pengetahuan informasi grafik dan informasi yang ada dalam fikiran pembaca secara serentak.
- Proses membaca secara interaktif juga merupakan mekanisme membaca yang menggunakan interaksi dalam pembacaan, berkomunikasi, menyampaikan dan menerima mesej bacaan di dalam bahan bacaan yang dibaca.
- Proses pembacaan ini lebih kepada mendapatkan maklumat daripada bahan rujukan yang sedang dibaca dengan menggunakan kawalan secara interaktif.