Pentaksiran Formal
Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Contohnya, Cikgu A bercadang menilai perkembangan muridnya dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi setelah 6 minggu pengajaran. Untuk tujuan tersebut, beliau memilih sebuah teks komsas yang dimiliki muridnya dan mengarahkan murinya membaca teks tersebut dari muka surat 1 hingga muka surat 50. Kemudian, murid tersebut dikehendaki menjawab 5 soalan aras aplikasi hingga aras menilai mengikut taksonomi Bloom dalam masa 1 jam. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahmi bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Ciri Utama Ujian
Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.
· Kesahan ujian
Kesahan ujian sebagai alat pengukuran bermaksud ujian tersebut menguji apa yang hendak diuji. Contohnya, jika ujian tersebut bertujuan menentukan tahap kefahaman membaca murid berasaskan petikan puisi, keputusan daripada ujian tersebut haruskan dapat menunjukkan tahap-tahap pencapaian murid terhadap kefahaman mereka tentang puisi tersebut.
Bagi memastikan kualiti sesebuah ujian tinggi kesahannya, sesebuah ujian itu perlu memiliki 3 jenis kesahan.
a) Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajarkan. Salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji untuk mewakili kandungan mata pelajaran.
b) Kesahan Gagasan
Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat. Oleh sebab gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung.
c) Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
- Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut.
Contohnya, pada masa yang hampir sama guru juga menjalankan pentaksiran lisan untuk menguji kemahiran murid “mengutarakan pendapat dengan memberikan alasan yang sesuai”. Jika keputusan ujian lisan ini sama atau hampir sama dengan keputusan ujian kefahaman bagi murid yang sama, bermakna kriteria yang digunakan dalam ujian itu sah. Jika tidak, salah satu ujian itu kurang kesahannya.
- Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut.
Sebagai contoh, sejauh manakah ujian kefahaman yang diberikan kepada murid dapat menjangkakan keputusan murid semasa PMR nanti. Jika keputusannya sama atau hampir sama, bermakan ujian kefahaman yang dijalankan di sekolah mempunyai kesahan jangkaan yang tinggi.
Konsep dan gagasan yang ingin diukur bagi setiap objektif pengajaran yang anda nyatakan.
1) Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.
2) Keobjektifan Ujian
Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian tersebut mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.
3) Kebolehtadbiran
Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.