Pentaksiran Tidak Formal
Pentaksiran tak formal biasanya berlaku secara lebih bersahaja. Pentaksiran tak formal penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, petaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya 3 ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.
a. Tujuan: Pentaskiran tak formal bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan. Melalui pentaksiran ini guru dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid, memperbaiki kaedah pengajaran dan merancang program intervensi lebih awal untuk mengatasi masalah murid. Markah dan gred tidak dipentingkan dalam pentaskiran ini kerana tujuannya bukan untuk mengukur pencapaian murid. Oleh sebab itu, pentaksiran jenis ini kadang-kadang disebut juga sebagai penilaian formatif.
b. Pelaksanaan: Pentaksiran tak formal berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca. Oleh sebab itu, melalui pentaksiran ini guru dapat mengikuti perkembangan pembelajaran murid.
c. Alat pengukuran: Pentaksiran formal biasanya menggunkan ujian pensel dan kertas sebagai instrumen. Dalam pentaksiran tidak formal, alat yang digunakan untuk mengukur perkembangan murid agak pelbagai dan bersesuaian dengan objrktif pentaksiran tersebut. Biasanya, instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan kadangkala catatan guru.