Pemilihan Bahan Bacaan
Bahan bacaan merangkumi pelbagai bentuk, jenis dan gaya seperti bahan akademik, sastera, laporan, berita dan sebagainya. Kepelbagaian laras bahasa dapat mempengaruhi kefahaman pelajar kerana perbezaan yang wujud dari segi perbendaharaan kata, rangkai kata, ayat atau gaya bahasa. Apabila digandingkan dengan bahasa lisan, bahan bacaan berbeza terutamanya dari segi penggunaan kata, ayat dan penyampaian gaya bahasa. Bahan bagi bacaan perlu disediakan dengan menggunakan bahasa yang bersifat formal, dengan menitikberatkan penggunaan tatabahasa, struktur ayat yang lengkap, perbendaharaan kata terpilih yang sesuai dengan jangkaan pembaca serta mempunyai daya penarik supaya terus dibaca. (Yahya Othman, 2004 : 98)
Pemilihan bahan bacaan adalah penting kerana pembaca khususnya pelajar terdedah kepada maklumat yang positif mahupun negatif, kesahihan maklumat dan fakta serta kecenderungan, batasan dan halangan yang akan mungkin timbul dalam pemilihan bahan bacaan. Dengan tidak adanya persediaan dari segi kriteria memilih bahan bacaan, ia akan menyebabkan berlakunya pembaziran wang, masa dan sebagainya. (George M.Jacobs & Loh Wan Inn, 2002 : 23). Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda membaca berbeza-beza mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan. Oleh itu terdapat beberapa komponen penting yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan bahan bacaan.
Sesuai mengikut peringkat umur
Pemilihan bahan bacaan mestilah sesuai dengan peringkat umur pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang sesuai penting kerana setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan bukan fiksyen.
Fizikal bahan bacaan
Fizikal yang dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar. Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen, saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. Bagi kanak-kanak keadaan bahan bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.
Isi kandungan
Bahan bacaan yang baik ialah mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Pelajar harus mengenal jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen. Selain itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang kritis para pembaca
Bahasa yang sesuai
Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Contohnya dalam penggunaan kosa kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran pembaca.
Faktor tulisan yang jelas
· Merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan.
· Faktor ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan sebagainya.
· Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.
Faktor ilustrasi dan warna
· Faktor ini membantu meningkatkan atau mengurangkan minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung pada persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan.
· Kajian menunjukkan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi sekali gus memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat.
· Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Namun, ia juga mempunyai kelemahan di sebaliknya. Ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Hal ini juga boleh menyebabkan pembaca kehilangan fakta penting atau mendapat fakta yang tidak tepat hanya berdasarkan ilustrasi.
· Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan.
Faktor perbendaharaan kata
· Faktor ini sangat penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan.
· Kajian yang dijalankan oleh Harisson (1980) telah membuktikan bahawa perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan untuk meramal kesukaran teks.
· Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk mengukur kesukaran teks melalui faktor ini iaitu dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan.
· Perkataan yang panjang merupakan perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana mudah dikenali dan difahami.
Faktor ayat
· Jika struktur ayat adalah kompleks, pemahaman terhadap petikan akan menjadi sedikit sukar.
· Kajian menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks menurun.
· Manakala, penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi dan kadang kala boleh menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks yang dibaca.
Faktor susunan teks
· Faktor ini berkait rapat dengan cara sesuatu teks itu dipersembahkan.
· Susunan teks mengambil kira perkara-perkara seperti perenggan, tajuk-tajuk kecil, penggunaan perkataan yang digariskan, dicondongkan dan yang ditebalkan.
· Perkara-perkara ini digunakan untuk menjadikan sesebuah teks itu lebih mudah difahami.