Pentaksiran Berdasarkan Sekolah (PBS) Dalam Bacaan
Pentaksiran berasaskan sekolah ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Azizi (2010) menghuraikan secara terperinci peranan guru dalam PBS ini. Menurut beliau, dalam PBS peranan guru adalah untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaskiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
Dalam konteks Malaysia, PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif, iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
Penerangan lain, PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Guru perlu akur dengan beberapa cirri-ciri PBS seperti yang berikut :
Cadangan pelaksanaan PBS mula dimaklumkan kepada umum pada 2009 oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran (sekarang Pendidikan) Malaysia, semasa melancarkan Sambutan Hari Guru Ke-38 di Dewan Seri Panglima Lee Shen, SM Ken Hwa, Keningau, Sabah. Menurut beliau, kaedah baharu mengukur pencapaian murid ini selari dengan tranformasi sistem pendidikan yang sedang berlangsung sekarang. Mulai Januari 2011, PBS dilaksanakan dengan rasminya kepada murid tahun 1 di seluruh negara dan mulai Januari 2012 pula, pelaksanaannya diperluaskan kepada murid tingkatan 1.
Misi PBS :
Konsep PBS yang terdapat dalam pernyataan misi PBS ada 4, iaitu pentaksiran bersifar holistik, pengumpulan maklumat, pentaksiran yang seimbang, dan pentaksiran berpusatkan murid.
Penjelasan bagi setiap subkonsep tersebut dihuraikan seperti yang berikut :
· Pentaksiran bersifat holistik menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan kurikulum kebangsaan. Tujuannya adalah untuk membangunkan modal insan yang holistik dengan memiliki profil murid PBS. Hal ini bermaksud bahawa dalam konteks keterampilan membaca, murid boleh melahirkan kefahaman mereka melalui aktiviti kognitif seperti menjawab soalan dan bercerita semula tentang kefahaman mereka daripada apa-apa yang dibaca, melahirkan perasaan dan emosi berdasarkan bahan bacaan melalui aktiviti deklamasi puisi dan improvisasi, dan melakonkan watak yang digambarkan dalam teks.
· Pengumpulan maklumat tentang kebolehan murid yang lebih komprehensif dikumpulkan dalam rekod profil murid. Perkara-perkara yang diisikan dalam profil ini ialah pencapaian murid (achiement), perkembangan (development), dan penglibatan (involvement) murid. Rekod-rekod ini dapat memberikan gambaran yang lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.
· Pentaksiran yang seimbang ialah pentaksiran yang berfokuskan perkembangan potensi dan kemenjadian murid melalui pendidikan yang menitikberatkan pembinaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengamalan nilai (adab) yang baik.
· Pentaksiran berpusatkan murid dapat meningkatkan penglibatan, pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, dan memupuk nilai dan sikap terpuji serta bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri sebagaimana yang terdapat dalam profil murid PBS. Ini dapat dilakukan melalui aktiviti autentik yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar, pembelajaran kendiri dan kolaboratif.
Bagi melancarkan pelaksanaan PBS, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Dokumen Standard Prestasi sebagai panduan kepada guru. Dalam dokumen standard tersebut terdapat pelbagai istilah yang diperkenalkan untuk manfaat guru 121 dan perlu diketahui tafsirannya seperti yang dikehendaki oleh KPM.
Antara istilah yang diperkenalkan untuk manfaat guru 121 tersebut ialah :
· Band. Label yang digunakan untuk menunjukkan aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
· Standard. Pernyataan tentang sesuaru domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
· Standard Prestasi. Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua, iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.
· Deskriptor. pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.
· Evidens:
- Eviden Murid. Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor.
- Eviden Instrumen. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
· Instrumen. Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
PENTAKSIRAN DAN KAD KEMAJUAN
Setiap pentaksiran perlu direkodkan. Rekod ini penting untuk memantau perkembangan prestasi murid. Terdapat pelbagai cara yang digunakan oleh guru untuk membuat rekod pentaksiran ini. Semua kaedah merekod tersebut boleh digunakan asalkan perkembangan murid itu mudah ditafsir dan dibuat tindakan susulan, jika perlu.
PBS memperkenalkan kaedah merekod yang lebih sistematik. Dalam rekod prestasi PBS guru dikehendaki mencatat perkembangan murid mengikut band, deskriptor dan evidens. Band dan deskriptor sudah disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), seperti yang tercatat dalam Dokumen Standard Prestasi setiap tingkatan.
Semua maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian ini perlu direkodkan secara sistematik. Rekod yang kemas dan tersusun akan memudahkan guru menyemak, membuat pemulihan, pengayaan dan pelaporan kepada pihak-pihak tertentu. Guru perlu sentiasa ingat bahawa terdapat ramai pihak di dalam dan di luas sekolah yang berminat terhadap maklumat penilaian dan pentaksiran murid. Oleh itu, pengurusan maklumat penilaian dan pentaskiran murid yang profesional perlu diamalkan.

- Pentaksiran jenis ini melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, dan mentaksir kerja murid.
- Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
- Pentaksiran ini berlaku dalam kelas biasa
- Ia dilakukan oleh guru yang mengajar murid berkenaan
- Dalam proses pentaksiran, murid menjadi lebih aktif terutama jika guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan sebaya.
- Pentaksiran ini memberi peluang kepada guru memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid dengan serta-merta.
- Ia menggalakkan penilaian berterusan dan melaraskan program pengajaran dan pembelajaran.
- Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM.