Pentaksiran
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang pelajar bacaan setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran. Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi proses penaksiran sangat bergantung pada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penaksiran
Tujuan dan pelbagai objektif pentaksiran :
a) Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesuatu kursus atau projek. Dalam pendidikan, pentaksiran sumatif digunakan untuk memberikan gred kursus yang diambil kepada murid.
b) Pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif biasanya diberikan kepada murid sepanjang sesuatu kursus atau projek. Pentaskiran formatif juga merujuk kepada pentaksiran pembelajaran, iaitu sebagai salah satu strategi membantu murid belajar.
c) Pentaksiran Berasaskan Prestasi. Pentaksiran kategori ini sama dengan pentaskiran sumatif kerana ia berfokuskan pencapaian. Biasanya ia berkait dengan pentaksiran berasaskan standard yang menggunakan tindak balas yang bebas berasaskan soalan-soalan yang standard. Tugasan yang diberikan itu didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta, penghasilkan atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Prestasi murid diukur daripada produk yang dihasilkan seperti portfolio.
d) Pentaksiran Internal dan Eksternal. Pentaksiran internal ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru). Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran eksternal pula ditentukan oleh sesuata badana tau sindiket seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditandakan oleh pakar dari luar. Murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja dan mereka tidak dimaklumkan tentang kelemahan mereka.
Penilaian pembacaan :
Pengertiannya menurut Stufflebeam (1971), penilaian secara umumnya adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), namun pengertian asasnya yang boleh diterima ialah penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran bacaan, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran bacaan di bilik darjah tercapai.
Berasaskan definisi penilaian ini objektif pengajaran bacaan perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian pada masa ini menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran seseorang guru bacaan.
Antara pelbagai jenis penilaian bacaan yang sering dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap ujian bulanan, ujian pada akhir semester dan penilaian akhir tahun. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran bacaan mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh oleh seseorang guru dan tidak dapat menilai pencapaian dan perkembangan ketrampilan pelajarnya menguasai kemahiran tertentu dalam proses membaca.